Saturday 30 March 2013

Kisah Pemuda Beriman




Kematian seorang pemuda beriman menjadi buah mulut orang ramai sehinggalah sampai ke pengetahuan khalifah ketika itu. Lalu,Sayidina Umar berangkat menuju ke rumah pemuda tadi dan bertanya kepada si ayah pemuda beriman tadi,apa yang telah berlaku.Ayah kepada pemuda itu menceritakan segala-galanya kepada Sayidina Umar.

Anak mudamu ini meninggal dunia kerana teringatkan ayat Ilahi pada saat imannya diuji?soal Sayidina Umar.

Si ayah mengangguk.Kemudian,Sayidina Umar mengajak ayah pemuda itu serta orang ramai yang berada di situ untuk ke kubur pemuda beriman tadi.Sayidina Umar menghampiri kubur itu dan meletakkan tanganya ke tanah lalu berkata,

Wahai pemuda,sesungguhnya di dalam al-Quran ALLAH SWT telah befirman,’Dan bagi orang yang takut akan menghadap Tuhannya ada dua syurga(Ar-Rahman,46).Sekarang katakanlah padaku,adakah engkau sedang menikmatinya?

Lalu tiba-tiba keluar satu suara dari kubur anak muda itu.Dia menyahut,

Benar,dan sekarang aku sedang menikmati dua syurga itu.



::Siapa Allah di Hatimu?
-IBNU RIJAL-