Kematian seorang pemuda beriman menjadi buah mulut orang
ramai sehinggalah sampai ke pengetahuan khalifah ketika itu. Lalu,Sayidina Umar
berangkat menuju ke rumah pemuda tadi dan bertanya kepada si ayah pemuda
beriman tadi,apa yang telah berlaku.Ayah kepada pemuda itu menceritakan
segala-galanya kepada Sayidina Umar.
“Anak mudamu ini meninggal dunia kerana teringatkan ayat Ilahi pada
saat imannya diuji?”soal Sayidina Umar.
Si ayah mengangguk.Kemudian,Sayidina Umar mengajak ayah
pemuda itu serta orang ramai yang berada di situ untuk ke kubur pemuda beriman
tadi.Sayidina Umar menghampiri kubur itu dan meletakkan tanganya ke tanah lalu
berkata,
“Wahai pemuda,sesungguhnya di dalam al-Quran ALLAH SWT telah
befirman,’Dan bagi orang yang takut akan menghadap Tuhannya ada dua
syurga(Ar-Rahman,46).Sekarang katakanlah padaku,adakah engkau sedang
menikmatinya?”
Lalu tiba-tiba keluar satu suara dari kubur anak muda
itu.Dia menyahut,
“Benar,dan sekarang aku sedang menikmati dua syurga itu.”
::Siapa Allah di Hatimu?
-IBNU RIJAL-
No comments:
Post a Comment